16 November 2012

LAWATAN PENANDAARASAN FASILINUS NEGERI SELANGOR



Pada 21 hingga 24 Oktober yang lalu, seramai 3 orang Pegawai FasiLINUS dari PPD Klang telah mengikuti Lawatan Penandaarasan LINUS di SK Pusat Bukit Besar , Kuala Terengganu SK Salor di Kota Bharu, dan SK Zainab (2) , Kota Bharu, Kelantan.



Berikut merupakan laporan dari Pegawai FasiLINUS yang telah mengikuti lawatan tersebut.


PEGAWAI-PEGAWAI FASILINUS NUMERASI DI SK PUSAT BUKIT BESAR, KUALA TERENGGANU, SALAH SEBUAH SEKOLAH RINTIS YANG MENJALANKAN PROGRAM I-THINK DI MALAYSIA.



SEAWAL JAM 8 PAGI, PADA 22 OKTOBER 2012,  SEMUA PEGAWAI FASILINUS SELURUH SELANGOR TELAH BERADA DI DALAM BAS YANG TELAH DITETAPKAN.



---------------------------------------------------------------------------------------------


SK PUSAT BUKIT BESAR


Pegawai terlibat  :- 


Literasi

1) En Kamaruzzaman bin Naseah 

2) Pn Nor Afsah Ishak


Numerasi 

1) Cik Siti Zuhaidah bt Md Zubir

2) Cik Nurulhusna bt Yem



SK Pusat Bukit Besar merupakan salah sebuah sekolah rintis bagi Program I-Think yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran tahun ini. Program I Think juga boleh diaplikasikan di dalam program LINUS dan juga Program Pemulihan. 



PROGRAM RINTIS I THINK YANG DIJALANAKAN DI SK PUSAT BUKIT BESAR BERMULA JANUARI - JUN 2012









Antara aktiviti murid yang boleh digunakan sebagai contoh program LINUS adalah seperti berikut :-


PETA KONSEP "MULTI FLOW MAP" - BOLEH DIGUNAKAN DALAM LITERASI BAGI MEMBANTU MURID LINUS


ANTARA BAHAN PAMERAN DI BILIK I THINK


PETA KONSEP I THINK ...


SALAH SATU PETA KONSEP I THINK YANG BOLEH DIGUNAKAN DI DALAM PROGRAM LINUS


SEORANG GURU SEDANG MENERANGKAN BAGAIMANA PETA KONSEP I-THINK BOLEH DIGUNAKAN        OLEH MURID



Selain program I-Think, pihak sekolah juga mempunyai sebuah bilik LINUS di mana Bahan Bantu Mengajar, Bahan Saringan, Rak LINUS, Fail Pengurusan dan Carta-carta tertentu  ditempatkan  bagi memudahkan perjalanan Program LINUS. 



ANTARA BBM LINUS YANG BOLEH DIGUNAKAN DI SK PUSAT BUKIT BAHARU, KUALA TERENGGANU


PAPAN KENYATAAN DI BILIK LINUS MENGANDUNGI CARTA ORGANISASI LINUS, SENARAI MURID LINUS, DAN MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN LINUS

RAK LINUS MENGANDUNGI SOALAN-SOALAN SARINGAN,  BAHAN BANTU MENGAJAR, FAIL-FAIL PENGURUSAN SERTA DATA LINUS

----------------------------------------------------------------------------------------------


SK SALOR, KOTA BHARU



Pegawai terlibat :-


Literasi


1) En Kamaruzzaman bin Naseah ( Penyelia Bahasa Rendah)

2) Pn Nor Afsah binti Ishak


SK Salor merupakan sekolah yang cemerlang. Program LINUS telah berjaya dilaksanakan di mana bagi Literasi dan Numerasi, sekolah tersebut telah mencapai status 100 % Kohort 1 pada saringan 4. Kecemerlangan ini adalah hasil kerjasama ibu bapa, pentadbir sekolah dan guru-guru.


Komitmen ibu bapa memudahkan pihak sekolah menguruskan murid. Pihak sekolah juga mengambil inisiatif membantu murid-murid yang kurang berkemampuan dengan menyediakan makanan tambahan bagi yang kurang berkemapuan tetapi tidak layak mendapat bantuan RMT. Kelas tambahan juga dibuka kepada semua murid dengan bantuan PIBG tanpa bayaran. Ini merapatkan jurang ekonomi dalam pendidikan antara murid di sekolah tersebut. Di samping itu, ia juga dapat mengeratkan hubungan ibu bapa dengan pihak sekolah. 


 ---------------------------------------------------------------------------------------------


SK ZAINAB (2) , KOTA BHARU , KELANTAN


Pegawai Terlibat :-


Numerasi


1) Cik Siti Zuhaidah bt Md Zubir

2) Cik Nurulhusna bt Yem



SK Zainab (2) merupakan sebuah sekolah berprestasi tinggi. Sekolah tersebut telah mendapat Anugerah Sekolah Harapan Negara pada dan seterusnya dinaikkan status sebagai salah sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2011.



Antara insiatif yang dirasakan banyak membantu murid di SK Zainab (2) ialah penggunaan ruang yang digunakan oleh guru-guru dan panitia akademik di sekolah tersebut. Di mana-mana kawasan sekolah terdapat lukisan, mural, gambarajah dan monumen berkaitan matapelajaran tertentu yang membantu pembelajaran murid secara visual .  Dalam gambar yang akan dipaaparkan, kita dapat lihat antara insiatif yang dilakukan oleh pihak sekolah dalam memaksimumkan ruang bagi mengekalkan fokus murid di sekolah.



PENGGUNAAN RUANG YANG MAKSIMUM DI TAMAN MATEMATIK SK ZAINAB (2)


BUKAN SAHAJA NILAM, TAMAN MATEMATIK PUN ADA JADUALNYA :)


FUNGSI TANGKI AIR JUGA DIGUNAKAN SEPENUHNYA .. SESUAI UNTUK MURID  YANG LEMAH DALAM MENYEBUT NOMBOR SECARA MENAIK DAN MENURUN


SUDUT PENDIDIKAN KESIHATAN ... SANGAT BERMANFAAT ... MATAPELAJARAN ELEKTIF JUGA TIDAK DILUPAKAN


KITARAN HIDUP RAMA - RAMA


SATU LAGI PENGGUNAAN RUANG YANG BAIK DI TAMAN MATEMATIK











No comments:

Post a Comment

Post a Comment