16 January 2013

PENGURUSAN FAIL LINUS

Assalamualaikum wbt ...

Berdasarkan bimbingan LINUS bagi 3 minggu pertama sesi persekolahan 2013, didapati bahawa Penyelaras LINUS sememangnya prihatin dan sentiasa mengikuti perkembangan program LINUS d sekolah masing-masing. Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa perkara yang memerlukan penambahbaikan, antaranya :-

1) Data Pra Sekolah murid Tahun 1 hingga 3  (perlu nyatakan nama prasekolah yang dihadiri )

2) Folder Saringan hendaklah mengandungi 3 perkara berikut
    i - Cetakan Portal NKRA - Rumusan Saringan
    ii - Cetakan Portal NKRA - Senarai pencapaian murid
    iii - Borang Pencapaian Prestasi Individu

Keputusan  Saringan yang terkini diletakkan di bahagian paling hadapan di dalam fail.

3) Folder Bahan boleh dibahagikan kepada 6 kategori  :
  
   - Literasi Tahun 1 ,
   - Numerasi Tahun 1,
   - Literasi Tahun 2 ,
   - Numerasi Tahun 2 ,
   - Literasi Tahun 3 dan
   - Numerasi Tahun 3.

Kami akan kembali dengan panduan bergambar bagi sistem fail yang lebih mudah diaskes .

Juga diingatkan bahawa mukasurat pertama  Folder Pengurusan LINUS hendaklah mengandungi Pekeliling yang berkaitan, iaitu bertarikh

i) 22 April 2010 - Pelaksanaan Program Literasi dan Numerasi (LINUS) Tahap 1 di sekolah rendah
ii) 4 Ogos 2010 - Peranan Guru Pemulihan Khas dalam Pelaksanaan Program LINUS
iii) 17 Ogos 2011 - Pengesahan Murid Bekeperluan Khas Program LINUS oleh Pegawai Perubatan

Bagi yang ingin mendapatkan salinan pekeliling berkenaan, boleh klik di sini http://ppdkerian.edu.my/portal/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=2619

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi pegawai fasiLINUS bagi zon masing-masing.

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina bagi semua warga LINUS kaum tionghua :)

1 comment:

  1. mana nk crik fail yg dah de siap divider tu ye..n fasilinus xmahu wujudkn fb sndiri mcm fasilinus ppd petaling?cdgn shj..

    ReplyDelete