13 April 2016

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAGI KELAS LINUS

Mata Pelajaran       : Matematik 

Masa                       : 60 minit

Tahun                      : 3 Bijak

Jumlah murid          : 30

Bidang                     : Nombor dan Operasi

Tajuk                       : 2. Tambah dalam lingkungan 10 000

SK                            : 2.1 Menambah sebarang dua nombor

SP                            : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid berupaya untuk,


Menguasai              : Menambah sebarang dua nombor hingga empat digit tanpa     mengumpul semula untuk 10 soalan

Tidak Menguasai    : Menambah sebarang dua nombor hingga tiga digit tanpa mengumpul   semula untuk 5 soalan.


Pengetahuan Sedia Ada         : Murid pernah melakukan operasi penambahan semasa pelajaran lepas

Penerapan Nilai                      : Bekerjasama

Kemahiran Berfikir                 : Menjana Idea, Banding Beza

Bahan Bantu Mengajar          : Kertas A4, Carta NilaiTempat, Carta Silang Kata, Straw dan lembarankerja


Fasa
PERDANA (24 MURID)
LINUS (6 MURID)
MASA
Persediaan Murid
Set Induksi
AKTIVITI BERSAMA
Contoh  Aktiviti : Menyebut Fakta Asas :  “Oral Drill” / Latihan LISAN
Conntoh Aktiviti : Bercerita / “Role Play” berkaitan tajuk atau kemahiran
5 minit
Pengenalan
AKTIVITI BERSAMA
Penerokaan berserta contoh  (Aktiviti Berkumpulan)
10 minit
Perkembangan I
(Dengan bimbingan Guru)
AKTIVITI MURID PERDANA
(Aktiviti Berkumpulan / Berpasangan)
AKTIVITI LINUS
(Aktiviti Berkumpulan / Berpasangan)
15 minit
Perkembangan II
(Tanpa atau kurang dibimbing oleh Guru)
AKTIVITI LINUS
(Aktiviti Berkumpulan / Berpasangan)
15 minit
Pengukuhan dan Latihtubi
AKTIVITI INDIVIDU
10 minit
Penutup
Imbas Semula ,  Penekanan Konsep, PopKuiz, Soalan KBAT
5 minit

Murid Menguasai / KSSR :

 ________________________________________________________
Murid Tidak Menguasai LINUS / Program LINUS :

________________________________________________________



                

PELAKSANAAN SARINGAN 1 / 2016 PROGRAM LINUS 2.0

Assalamualaikum WRB dan Selamat Sejahtera BUAT semua Warga LINUS PPD Klang

Dimaklumkan bahawa tarikh saringan bagi Tahun 2016 adalah seperti berikut :-

Saringan 1

LISAN : 1- 31 Mac 2016

BERTULIS : 3 - 15 April 2016

KEY IN DATA : 17 - 29 April 2016


Saringan 2

LISAN : 1 -30 Ogos 2016

BERTULIS : 18 - 30 September 2016

KEY IN DATA : 2 - 14 Oktober 2016

Sekian Makluman dari UNIT LINUS PPD Klang untuk tindakan semua guru yang terlibat.

Terima kasih.

10 March 2014

Mesyuarat Post Mortem LINUS 2013 bersama Penyelaras LINUS PPD Klang

Pada 14 November 2013 yg lalu,  Pegawai FasiLINUS PPD Klang telah mengadakan Mesyuarat Post Mortem LINUS bersama Penyelaras LINUS Klang , bertempat di  Auditorium SJKC Soo Jin, Kapar.
Mesyuarat dimulakan dengan ucapan pembukaam oleh En Sulhisyam Sayuti, Pegawai FasiLINUS Literasi, diikuti dengan Pembentangan Data Saringan dan dapatan Post Mortem Saringan LINUS 2013 oleh Cik Nurulhusna Yem, Pegawai FasiLINUS Numerasi PPD Klang.

Beberapa tindakan yang perlu diambil oleh  Guru Penyelaras LINUS telah dimaklumkan bagi penambahbaikan Program LINUS 2014, antaranya :-

  1. Membuat perancangan tahunan Program LINUS / membina perancangan strategik 2014-2016 sebelum berakhir bulan Januari 2014
  2. Merancang program sokongan untuk membantu meningkatkan pencapaian Program LINUS.
  3. Memastikan PCG digunakan untuk Program LINUS
  4. Memastikan guru LINUS adalah guru berpengalaman dan mempunyai opsyen yang diperlukan
  5. Pentadbir WAJIB hadir dalam setiap mesyuarat LINUS di sekolah
  6. Ketirisan maklumat oleh Penyelaras baharu perlu diatasi
  7. Murid tahun 3 yang tidak menguasai LINUS perlu diambil tindakan dengan membuat perancangan khusus bersama guru permulihan khas
  8. Modul pembelajaan LINUS yang telah diberikan perlu digunakan sepenuhnya oleh murid bagi tahun 2014
  9. Program anak angkat PPD perlu dimulakan untuk murid tahun 2 dan 3 bermula Januari 
  10. Keceriaan bilik LINUS/PdP LINUS perlu diberi perhatian
  11. Mesyuarat Pelaporan Data peringkat sekolah perlu diadakan untuk setiap sekolah selepas Saringan , bermula 2014.
  12. Program Sarana Ibu Bapa WAJIB diadakan oleh semua sekolah
  13. Ketidakhadiran murid- kolaborasi semua pihak.
  14. Memastikan program LINUS dijalankan sepenuhnya melibatkan kesemua tajuk / kemahiran yang perlu dikuasai. Tidak ada murid yang tidak mempelajari mana-mana tajuk yang perlu disentuh dalam Program LINUS.





09 March 2014

Taklimat Pelaksanaan Saringan 1 / 2014 Literasi Bahasa Malaysia, Literasi Bahasa Inggeris dan Numerasi

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia diucapkan buat warga LINUS PPD Klang.


Taklimat Pelaksanaan Saringan Literasi Bahasa Malaysia, Literasi Bahasa Inggeris dan Numerasi Tahun 2014 akan diadakan esok, 11 Mac 2014 bermula jam 8.30 pagi. 

Sehubungan itu, semua Guru Penolong Kanan Kurikulum diminta hadir ke taklimat tersebut. 

Mohon semua penyelaras LINUS pastikan surat panggilan telah diambil , memuat turun dan mencetak
soalan saringan LISAN Tahun 1 (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Numerasi) dari email penyelaraslinusklang@gmail.com seperti yang dinyatakan di dalam surat panggilan bertarikh 7 Mac 2014. 

Kerjasama semua Ketua Penyelaras LINUS amat kami hargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA,


Pegawai FasiLINUS 
Pejabat Pendidikan Daerah Klang

28 February 2014

Bengkel Pemantapan PdP berkesan Anjuran FasiLINUS FasiLINUS Zon A dan B Unit LINUS , PPD Klang

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Pada 19,20,25 dan 25 Februari 2014, Pegawai pegawai FasiLINUS Zon A dan B  PPD Klang telah mengadakan Bengkel Pemantapan PdP berkesan untuk guru-guru Tahun 3 Literasi dan Numerasi PPD Klang.

Berikut merupakan dokumentasi bergambar bagi bengkel yang telah dijalankan.

Zon A

Lokasi - Pusat Kegiatan Guru , Pelabuhan Klang

Bengkel Pemantapan PDP Berkesan : Zon A

Pegawai FasiLINUS : 
Pn Nor Afsah Ishak (Literasi)
Cik Nurulhusna Yem (Numerasi)


LITERASI

19 Februari 2014

Slot 1 - Perkongsian Didik Hibur oleh Pn Nor Hayati Shaharim, Pegawai SICS Plus , PPD Petaling Perdana
Slot 2 - Perkongsian Didik Hibur oleh Pn Nor Hayati Shaharim, Pegawai SICS Plus , PPD Petaling Perdana
Slot 3  - Perkongsian Didik Hibur oleh En Mohd Emli , Guru Inovatif Petaling Perdana 

20 Februari 
Slot 4 - Bengkel Persediaan Slot PdP Berkesan (Aktiviti mengikut kumpulan) - Pn Nor Afsah Ishak
Slot 5 - Sesi Pelaksanaan PdP (Berkumpulan) - Pegawai FasiLINUS Zon A / SISC Plus Bahasa Malaysia
Slot 6 - Sesi Rumusan dan Penutup - Pegawai FasiLINUS Zon A / SISC Plus Bahasa Malaysia


NUMERASI

25 Februari 2014
Slot 1 - Perkongsian Didik Hibur oleh Pn Rasmin Anis bt Azhar, SK USJ 12
Slot 2 - Perkongsian Didik Hibur oleh Pn Rasmin Anis bt Azhar, SK USJ 12
Slot 3 - Perkongsian I Think oleh En Rosli Kamari, Pen PPD Teknik dan Vokasional PPD Klang









26 Februari 
Slot 4 - Bengkel Persediaan Slot PdP Berkesan (Aktiviti mengikut kumpulan)
Slot 5 - Sesi Pelaksanaan PdP Berkesan (Kumpulan 1-6 - Pegawai FasiLINUS Zon A/Pentadbir SKPK
Slot 6 - Sesi Rumusan dan Penutup oleh Cik Nurulhusna Yem, Pegawai FasiLINUS Numerasi Zon A





Bengkel Pemantapan PDP Berkesan : Zon B

Pegawai FasiLINUS : 
En Mohd Fathmain bin Hamid (Literasi)
Cik Siti Zuhaidah Md Zubir (Numerasi)


NUMERASI

19 Februari 2014

Slot 1 - Perkongsian Didik Hibur oleh Pn Rasmin Anis bt Azhar, SK USJ 12
Slot 2 - Perkongsian Didik Hibur oleh Pn Rasmin Anis bt Azhar, SK USJ 12
Slot 3 - Bengkel Persediaan Slot PdP Berkesan (Aktiviti mengikut kumpulan)

20 Februari 
Slot 4 - Bengkel Persediaan Slot PdP Berkesan (Aktiviti mengikut kumpulan)
Slot 5 - Sesi Pelaksanaan PdP Berkesan (Kumpulan 1-6 - Cik Siti Zuhaidah Md Zubir/SISC Numerasi
Slot 6 - Sesi Rumusan dan Penutup oleh Cik Siti Zuhaidah Md Zubir, Pegawai FasiLINUS Numerasi Zon B


LITERASI

25 Februari 2014

Slot 1 - Pemugaran Program LINUS 2.0 oleh En Mohd Fathmain Hamid, FasiLINUS Literasi Zon B
Slot 2 - Perkongsian Didik Hibur oleh Pn Syuhaila bt Elias , Pegawai FasiLINUS Literasi PPD Gombak
Slot 3 - Bengkel Persediaan Slot PdP Berkesan (Aktiviti mengikut kumpulan)


26 Februari 
Slot 4 - Bengkel Persediaan Slot PdP Berkesan (berkumpulan) - Pegawai FasiLINUS Literasi Zon B
Slot 5 - Sesi Pelaksanaan PdP (Berkumpulan) - Pegawai FasiLINUS Zon B
Slot 6 - Sesi Rumusan dan Penutup - En Mohd Fathmain, Pegawai FasiLINUS Literasi Zon B






NUMERASI


Lokasi - SK Jalan Kebun, Klang
Literasi - 25 dan 26 Februari 2014
Numerasi - 19 dan 20 Februari 2014


Dalam bengkel yang dijalankan, beberapa orang guru pakar / pegawai yang berkemahiran telah dijemput untuk memberikan perkongsian pedagogi, terutamanya dalam aspek didik hibur dan bahan bantu belajar.


21 October 2013

Saringan Literasi Bahasa Inggeris (Bertulis)

Selamat menjalankan saringan diucapkan kepada semua guru-guru Bahasa Inggeris Tahun 1 yang akan menjalankan saringan  bermula hari ini, (21 Oktober 2013) hingga 1 November 2013.

Proses Pengisian Data ke dalam Portal : 4 - 15 November 2013

"Usaha Tangga Kejayaan"

Semoga Berjaya.