10 March 2014

Mesyuarat Post Mortem LINUS 2013 bersama Penyelaras LINUS PPD Klang

Pada 14 November 2013 yg lalu,  Pegawai FasiLINUS PPD Klang telah mengadakan Mesyuarat Post Mortem LINUS bersama Penyelaras LINUS Klang , bertempat di  Auditorium SJKC Soo Jin, Kapar.
Mesyuarat dimulakan dengan ucapan pembukaam oleh En Sulhisyam Sayuti, Pegawai FasiLINUS Literasi, diikuti dengan Pembentangan Data Saringan dan dapatan Post Mortem Saringan LINUS 2013 oleh Cik Nurulhusna Yem, Pegawai FasiLINUS Numerasi PPD Klang.

Beberapa tindakan yang perlu diambil oleh  Guru Penyelaras LINUS telah dimaklumkan bagi penambahbaikan Program LINUS 2014, antaranya :-

  1. Membuat perancangan tahunan Program LINUS / membina perancangan strategik 2014-2016 sebelum berakhir bulan Januari 2014
  2. Merancang program sokongan untuk membantu meningkatkan pencapaian Program LINUS.
  3. Memastikan PCG digunakan untuk Program LINUS
  4. Memastikan guru LINUS adalah guru berpengalaman dan mempunyai opsyen yang diperlukan
  5. Pentadbir WAJIB hadir dalam setiap mesyuarat LINUS di sekolah
  6. Ketirisan maklumat oleh Penyelaras baharu perlu diatasi
  7. Murid tahun 3 yang tidak menguasai LINUS perlu diambil tindakan dengan membuat perancangan khusus bersama guru permulihan khas
  8. Modul pembelajaan LINUS yang telah diberikan perlu digunakan sepenuhnya oleh murid bagi tahun 2014
  9. Program anak angkat PPD perlu dimulakan untuk murid tahun 2 dan 3 bermula Januari 
  10. Keceriaan bilik LINUS/PdP LINUS perlu diberi perhatian
  11. Mesyuarat Pelaporan Data peringkat sekolah perlu diadakan untuk setiap sekolah selepas Saringan , bermula 2014.
  12. Program Sarana Ibu Bapa WAJIB diadakan oleh semua sekolah
  13. Ketidakhadiran murid- kolaborasi semua pihak.
  14. Memastikan program LINUS dijalankan sepenuhnya melibatkan kesemua tajuk / kemahiran yang perlu dikuasai. Tidak ada murid yang tidak mempelajari mana-mana tajuk yang perlu disentuh dalam Program LINUS.





No comments:

Post a Comment