28 April 2012

Kem LINUS Selangor Kohort 1



Kem LINUS Kohort 1 telah diadakan pada Februari 2012  di Pusat Kecemerlangan Ko Kurikulum , Sabak Bernam. Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada guru dan murid LINUS Kohort 1 di seluruh Selangor.

Setiap PPD diberikan tugas untuk mengendalikan stesen-stesen mengikut konstruk LINUS. Antara stesen yang dikendalikan adalah pameran BBM oleh guru-guru dari daerah Petaling Utama, permainan golf, dam ular, kotak misteri, kolam pancing dan senamlinus,

Program ini memberikan impak yang besar kepada guru-guru dan murid yang hadir . Murid lebih yakin dan mudah bergaul walaupun baru mengenali rakan dari sekolah-sekolah lain. Guru-guru dapat menimba idea dan menjana kreatviti dalam meningkatkan kemahiran pedagogi, khususnya kepada murid LINUS.

Terima kasih diucapkan kepad Tuan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, Tn Hj Mahmud bin Karim kerana telah meluluskan pelaksanaan program ini.

Berikut merupakan antara rakaman peristiwa yang diambil semasa kem tersebut dijalankan,


FasiLINUS Numerasi PPD Klang , Cik Siti Zuhaidah dan Cik Nurulhusna
Murid-murid dibimbing untuk menyebut nombor 3 digit dengan betul sebelum kuiz
Stesen Literasi PPD Klang bersama En Sulhisyam Sayuti
Pelbagai token disediakan sebagai motivasi kepada murid LINUS yang berjaya menyelesaikan tugasan
Stesen Numerasi PPD Klang.  Terima kasih kepada Cikgu Sofia (SK Abdul Samat) dan rakan-rakan lain
Antara guru-guru PPD Klang yang telah membantu mengendalikan stesen LINUS dari PPD Klang. Terima kasih daun keladi, jasa kalian kami hargai ...

No comments:

Post a Comment