07 October 2013

Pemantauan dan Saringan LINUS 4.10.2013

SALAM 1 Malaysia.

Pada 4 Oktober 2013, Pegawai FasiLINUS Zon A telah menjalankan proses pemantauan Saringan 2/2013 dan Bimbingan Program LINUS di SK Rantau Panjang..

Hasil bimbingan mendapati bahawa

1. Pihak terlibat telah menyanpaikan bahan / maklumat yang diterima kepada warga LINUS.di SK Rantau Panjang, tahniah.

2. Guru Pemulihan telah merancang aktiviti dan menyediakan bahan sokongan yang baik untuk membantu murid dalam.literasi

3. Program Yakult bagi murid Pemulihan menigkatkan peluang murid untuk lebih maju dalam pelajaran

4. Bahan visual yang menarik dapat.membantu mempercepatkan penguasaan murid khususnya bagi literasi.

5. Masih terdapat sesetengah guru masih tidak memahami kaedah pelaksanaan saringan..Diingatkan di sini bahasa guru tidak dibenarkan membimbing  murid semasa saringan dilaksanakan. Guru hanya boleh memberikan pandauan agar.murid dapat mencari jalan sendiri.untuk menyelesaikan masalah yag diberikan .

Proses saringan juga boleh dijalankan dalam pelbagai cara mengikut kesesuaian murid. Guru disarankan agar menyediakan bahan latih tubi / lembara kerja atau merancang aktiviti yang bersesuaian jika proses saringan yang dijalankan selesai lebih awal dari jangkaan guru..

SYABAS  DAN TAHNIAH DIUCAPKAN ATAS PENAMBAHBAIKAN..SEMOGA.SARANAN DAN CADANGAN DAPAT DIAMBIL PERHATIAN SEWAJARNYA DALAM MEMBANTU MURID MENGUASAI KEMAHIRAN LITERASI.DAN NUMERASI DI SK RANTAU PANJANG. USAHA LAGI !

No comments:

Post a Comment