07 October 2013

PEMANTUAN SARINGAN DAN BIMBINGAN LINUS ZON A.

Pemantauan Saringan dan  Bimbingan LINUS PPD Klang telah bermula pada 3 Oktober 2013
.Bagi tarikh 7.10.2013, sekolah yang terpilih ialah SK (1) Simpang Lima. 

Sepanjang pemantauan dibuat, didapati 6 daripada 7 orang murid tahun tiga yang tidak menguasai kemahiran numerasi hanya menguasai sehingga konstruk 6 sahaja. Murid lemah dalam penguasaan sifir dan telah dibimbing menggunakan muka jam dan keratan rentas muka jam sebagai bahan sokongan untuk menguasai sifir. Murid dilihat seronok dan lebih berkeyakinan dalam menguasai dan membentuk.sifir 2-9 mereka sendiri.

Guru disarankan agar terus membimbing murid sebelum proses saringan diteruskan.

SELAMAT MAJU JAYA DIUCAPKAN BUAT WARGA LINUS SK (1) SIMPANG LIMA 

No comments:

Post a Comment